Sabtu, 14 April 2012

KULAIJAYA TURUN SATU ANAK TANGGA PADA HARI KETIGA KEJOHANAN MSSJ TAHUN 2012

14 April 2012: Kulaijaya turun satu anak tangga



Kulaijaya berjaya memperolehi tiga lagi pingat emas pada sesi keempat hari ini apabila emas pertama diperolehi melalui Mohd Furqan Mohd Shariff dalam acara 80 meter berpagar Lelaki 12, Ain Nabilah Zainal Abidin, acara 100 meter lompat pagar P13 dan 4 x 100 meter P10.

Pungutan pingat Kulaijaya setakat ini ialah 7 Emas 12 Perak dan 13 Gangsa berbanding dengan Johor Bahru, 21 Emas 15 Perak  dan 17 Gangsa yang ternyata lebih jauh meninggalkan  daerah-daerah lain seperti  Muar, Pasir Gudang, Pontian, Kluang, Ledang dan Batu Pahat.  

Turut hadir pada pagi ini ialah Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Tuan Haji Shaharudin Sharif bersama ketua kontinjen Kulaijaya, Mansor Othman dan penolongnya, Abdull Talib Daud. Pada sesi petang pula, Timbalan Pegawai Pelajaran Kulaijaya, Shahat Md Shah hadir ke Stadium Kluang untuk menyaksikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ Kali Ke-45 Tahun 2012 hari ketiga hari ini.