MSSJ KALI KE-44

Johor Bahru, 21 April 2011 - Buat kali ketiga berturut-turut, Kontinjen Balapan dan Padang MSSD Kulaijaya menjuarai Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ tahun 2011 bertempat di Stadium Larkin, Johor Bahru.





Warga pendidikan Daerah Kulaijaya mengucapkan setinggi tahniah dan penghargaan kepada semua atlet yang telah bertungkus lumus merealisasikan impian semua bagi mencipta sejarah baru MSSJ sebagai daerah yang pertama menjuarai kejohanan secara berturut-turut bagi tiga tahun.

Kepada Pasukan Jurulatih yang tidak pernah kenal erti jerit perih, kami hulurkan sekalung penghargaan kepada tuan-puan semua! Jasa kalian terpahat dalam sejarah Daerah Kulaijaya buat selamanya.

"Dramatik!", sepatah kata dari Encik Anuar bin Jais, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya ketika pungutan pingat Emas Kulaijaya ketika itu di angka 23 manakala pasukan Johor Bahru dengan 21 Emas dan acara berbaki 3 sahaja lagi.

Namun kesungguhan dan semangat tidak mengenal erti putus asa membuahkan hasil dan akhirnya Piala Juara Keseluruhan dijulang oleh beliau mewakili Kontinjen Kulaijaya!.