Jumaat, 18 Mac 2011

Hari Kemuncak Kejohanan


KULAIJAYA Jumaat 4 Mac 2011- SM Foon Yew sekali lagi mencipta nama apabila menjadi johan keseluruhan dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kulaijaya Kali Ke-29 yang telah berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 2011. Walau pun pungutan pingat emas hanya 18 berbanding 21 yang diperolehi oleh SMK Tunku Abdul Rahman Putera, pungutan mata sebanyak 213.5 telah meletakkan sekolah itu pada kedudukan tangga teratas daripada 17 sekolah menengah yang menyertainya. Manakala Zon Utara menjadi johan keseluruhan sekolah rendah dengan memperolehi 17 emas, 8 perak dan 10 gangsa dengan pungutan mata 136.


Baharom Ali, Pegawai Pelajaran Daerah Kulai ditemui berkata, daerah Kulaijaya menjadi juara pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ tahun lepas. Kita perlu mengekalkan kejayaan tersebut. Melalui pengamatan saya kita berpotensi mengekalkan kejuaraan itu kerana penganjuran kejohanan kali ini berjalan dengan lancar, kerjasama semua pihak cemerlang dan atlit-atlit menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk menang. Tambahnya lagi, tahniah kepada semua yang terlibat.

Markom Giran, Pengarah Pelajaran Johor menyampaikan hadiah kemenangan kepada Muhd Khairul Asyraf (STARP) dan Ong Ching Yee (SM Foon Yew) sebagai olahragawan dan olahragawati. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak PPD Kulai dan semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kali ini.
Ong Ching Yee - SM Foon Yew
Peserta Terbaik P18
1500m- Emas (Rekod), 800m- Emas, 3000m - Emas (R)
Muhd Khairul Asyraf - SMK Indahpura
Peserta Terbaik L13
1500m - Emas (Rekod)

SM Foon Yew - Johan Keseluruhan
Lelaki dan Perempuan Sekolah Menengah
18 Emas 25 Perak 15 Gangsa (213.5 mata)

Zon Utara- Johan Keseluruhan
Lelaki dan Perempuan Sekolah Rendah
17 Emas 8 Perak 10 Gangsa

Guru Penolong Kanan 1 (GPK), Sekolah Kebangsaan (SK), Felda Bukit Ramun, Onn Daud, telah menjawat jawatan tersebut dari tahun 2008 hingga 2011, merupakan pengurus Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kulaijaya Kali Ke-29 pada tahun ini.


Sebelum ini beliau merupakan Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tenggara 1, dari tahun 2003 hingga 2007. Melalui pengalaman luas beberapa tahun menjadi pengurus kejohanan, beliau menaruh harapan pasukan olahraga daerah Kulaijaya ini akan mencapai 30 Emas pada Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ yang akan berlangsung pada bulan April nanti.

Tambahnya lagi sebagai seorang ahli sukan, seseorang atlit itu mestilah mempunyai disiplin yang tinggi, gigih menjalani latihan, bersemangat waja, serta berazam untuk menyumbangkan emas dalam acara yang diceburi. Dengan ini daerah Kulaijaya akan menjuarai buat kali ke tiga berturut-turut dalam Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Johor (MSSJ) tahun ini. Beliau yakin dengan bimbingan ketua jurulatih MSS Daerah Kulaijaya, Zainal Md Diah dan jurulatih-jurulatih yang sedia ada kejayaan yang diharapkan akan tercapai.

Pengurus Kontinjen MSSD Kulaijaya, Jafri Sikun, menaruh harapan yang tinggi agar dapat mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga tahun ini. Ucapan jutaan terima kasih kepada pengetua SM Sain Sukan, Bandar Penawar, Kota Tinggi, SM Tun Hussein Onn, Kluang dan SM Sain Sukan, Bukit Jalil kerana seramai 20 atlit kembali mewakili daerahnya bagi meraih pingat emas pada MSSJ bulan April ini.
Tips beliau kepada para atlit, " patuhi arahan  jurulatih", merupakan panduan atlit itu mencapai kejayaan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat maju jaya pasukan olahrga daerah Kulaijaya.