Ahad, 15 April 2012

KULAIJAYA TEMPAT KEEMPAT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-45 TAHUN 2012

15 April 2012 : Stadium Kluang, Johor


Dari kiri, penolong pengurus: Oii Jek Tek, pengerusi teknik: Mohd Nazren Mohd Nor, 
ketua jurulatih: Zainal Mohd Diah dan penolong pengurus 1: Azhar Mohamed.


Kita gagal untuk mengekalkan kejuaraan buat kali keempat tahun ini. Apa sebabnya?
Ketua jurulatih kontinjen MSSD Kulaijaya, Zainal Mohd Diah ditemui berkata antara faktor kegagalan untuk menjadi juara pada kali keempat adalah disebabkan oleh ramainya atlit yang sudah dikenalpasti mendapat pingat emas menarik diri pada saat-saat akhir kejohanan.

Mereka ingin menumpukan pelajaran atas dasar ingin berjaya dalam peperiksaan, kemudian ada juga atlit yang berpindah ke sekolah berasrama penuh (SMBP). Jadi kita kehilangan bilangan pingat emas yang banyak.

Oleh itu, kami mensasarkan pungutan pingat sebanyak 18 Emas, 13 Perak dan 11 Gangsa sahaja. Akhirnya pada kejohanan tahun ini, MSSD Kulaijaya memperolehi 14 Emas, 16 Perak dan 17 Gangsa, suatu pencapaian yang baik, hampir menepati sasaran.  

Katanya lagi, Program Latihan Daerah (PLD) di SMK Tunku Abdul Rahman Putra masih belum beroperasi sepenuhnya. Begitu juga, sekolah-sekolah yang berkapasiti besar belum dapat melahirkan atlit-atlit yang berpotensi kerana kurangnya jurulatih berpengalaman dan program sukan yang terancang serta bersistematik.

Tambahnya lagi, tahun ini MSSD Kulaijaya hanya dapat menurunkan 1 orang atlit dari Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan 4 lagi dari Sekolah Sukan Tunku Makkota Ismail (SSTMI). Keadaan ini juga menjejaskan pungutan pingat emas.

Akhirnya, sudah pasti daerah-daerah lain juga bercita-cita untuk menjadi juara. Suatu persaingan yang sihat katanya lagi. Beliau berbangga dan berterima kasih di atas kerjasama pihak pengurusan sukan PPD Kulaijaya, jurulatih dan penolong jurulatih, atlit-atlit serta semua ibu bapa yang memberikan kerjasama dalam melaksanakan program 1 Murid 1 Sukan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Pengarah Pelajaran Johor, Mohd Nor A.Ghani menutup rasmi Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor Kali Ke-45 di Stadium Kluang, Johor.

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Johor Bahru muncul menjadi juara dalam kejohanan kali ini dengan pungutan pingat 27 Emas 17 Perak dan 18 Gangsa. Tempat kedua ialah MSSD Muar dan MSSD Pasir Gudang ketiga. MSSD Kulaijaya yang menjadi juara tiga tahun berturut-turut dari tahun 2009 hanya mendapat tempat keempat tahun ini.

 

 
 


Tiada ulasan: