Khamis, 12 April 2012

KLUANG TUAN RUMAH KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSJ KALI KE-45 TAHUN 2012

12 April 2012 : Pencapaian atlit Kulaijaya pada hari pertama.

Penolong pengurus, Azhar Mohamed ditemui berkata, Nur Aliyah Abd Rahman, KJ32, memperolehi pingat emas pertama buat kotinjen daerah Kulaijaya dalam acara 100 meter kategori perempuan bawah 10 tahun (P10) pagi tadi. Katanya lagi, sebanyak tiga pingat perak diperolehi daripada acara 1500 meter L13 oleh Mukesh Kumar, KJ7,  kemudian Nor Hazirah Nordin, KJ33, acara lompat jauh P10 dan Mohd Firdaus Ramlan, KJ13, lompat jauh L15. 

Manakala 4 pingat gangsa pula diperolehi daripada acara 1500m P13 oleh Aishah Goga Amat, KJ31, kemudian Ngoi Jia Xuan, KJ25 dalam acara lompat jauh P12, Rodiah Abd Karim, KJ33, lempar cakera P13, Ain Nabila Zainal Abidin KJ28, lompat tinggi P13 dan Nur Hazimah Nordin, KJ29, acara 100m P10.
1500 meter L18

Beliau berasa cemas, apabila ditanya oleh pengurus kontinjen, Mansor Othman bagaimana pencapaian atlit-atlit kita. Katanya, Kulaijaya memperolehi 1 Emas, 3 Perak dan 5 Gangsa pada hari pertama ini. Beliau membuat ulasan ringkas, sasaran emas kedua dan ketiga tidak menjadi oleh kerana atlit kita ketinggalan jauh terutamanya dalam acara  1500 meter, dimana teknik "face run", tidak dimenafaatkan oleh atlit-atlit kita dan kemungkinan kedua ialah saingan sengit yang telah diberikan oleh atlit-atlit dari daerah lain. InsyaAllah hari esok ada lagi, katanya.

Tutur hadir pada petang ini ialah penyelia sukan daerah, Abdull  Talib Daud. 

Tiada ulasan: