Isnin, 9 April 2012

USIA KE-30 KEJOHANAN MSSD KULAIJAYA MELABURKAN TIRAINYA




SMK Tunku Abdul Rahman Putra muncul johan keseluruhan sekolah menengah dengan mendapat 27 Emas 16 Perak dan 12 Gangsa. Manaka johan keseluruhan sekolah rendah disandang oleh Zon Selatan dengan memperolehi 9 Emas 12 Perak dan 10 Gangsa. 
SM Foon Yew johan keseluruhan tahun lepas hanya sekadar mengutip 16 emas, 17 perak dan 15 gangsa, berbanding 27 emas 16 perak 12 gangsa yang diperolehi oleh SMK Tunku Abdul Rahman Putra. Manakala SM Tun Hussein Onn berjaya memperolehi pingat 14 Emas 7 Perak dan  5 Gangsa menduduki tempat ketiga.
“Tahniah kepada SMK Tunku Abdul Rahman Putra,” kata pegawai pelajaran daerah Kulaijaya , Hj Fauzan Sukimi, semasa ucapan penutupan kejohanan hari ini. Kejayaan yang dicapai pastinya melalui perancangan pihak pengurusan sekolah ditambah lagi dengan usaha gigih pengurus pasukan, jurulatih dan atlit-atlit. 

Bagi sekolah ini, kejuaraan keseluruhan amat dinantikan yang menebus kekecewaan tahun lalu apabila sekadar menduduki tempat kedua Kejohanan Balapan dan Padang MSS daerah Kulaijaya Kali Ke-29 di Stadium Majlis Perbandaran Kulaijaya (MPKu), Taman Puteri. 

Zon selatan yang ketinggalan pada hari pertama hingga ketiga meninggalkan pesaing rapatnya zon utara, bandar dan tenggara dengan pungutan pingat 9 emas 12 perak dan 10 gangsa.

Ucapan tahniah dan syabas juga kepada jawatakuasa pengelola, semua pegawai kejohanan dan pihak pengurusan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJOR9A), anggota polis dan RELA di atas segala kerjasama yang diberikan.

Turut hadir dalam majlis penutupan kejohanan ini ialah pengurusan baru PPD Kulaijaya, Datin Hajah Hasnah Md Sem, Timbalan PPD Kulaijaya, Shahat Mohd Shah, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, Mansor Othman, pengetua-pengetua dan guru besar sekolah-sekolah daerah Kulaijaya. 

Keputusan penuh:
1. SMKTARP - 27E 16P 12G
2. SM FOON YEW - 16E 17P 15G 
3. SM TUN HUSSEIN ONN - 14E  7P 5G
4. SMK SENAI - 10E 5P 13G
5. SMK KELAPA SAWIT  - 9E 11P 12G
6. SMK SULTAN IBRAHIM  - 5E 8P 6G
7. SMK INDAHPURA - 4E 7P 2G
8. SMK KULAI BESAR - 4E 4P 9G
9. SMK SULTAN ALAUDDIN - 2E 2P 3G
10. SMK KOTA KULAI - 2E 2P 1G
11. SMK KANGKAR PULAI - 1E 5P 4G
12. SMK TAMAN PUTERI - 1E 3P 1G
13. SMK BANDAR PUTRA - 1E1P 6G
14. SMK BANDAR TENGGARA - 1E 1P 2G
15. SMK BANDAR TENGGARA 2- 0E 3P 2G
16. SMK MUNSHI ABDULLAH -0E 3P 1G
17.SMK SRI PINANG - 0E 1P 2G

ZON-ZON
1. ZON SELATAN - 9E 12P 10G
2. ZON BANDAR - 8E 5P 6G
3. ZON TENGGARA - 7E 6P 4G
4. ZON UTARA - 6E 8P 11G
____________________________________________________________________________

Johan keseluruhan B10: Zon Selatan (4E 7P 3G).
Johan keseluruhan B12: Zon Selatan (5E 5P 7G).

Johan kategori Perempuan Sekolah Rendah: Zon Selatan (6E 7P 4G)
Johan kategori Lelaki Sekolah Rendah : Zon Tenggara (5E 4P 1GP).

Johan keseluruhan B13 : SMKTARP (12E 2P 5G)
JOhan keseluruhan B15 : SMKTARP (9E 6P 5G)
JOhan keseluruhan B18 : SMFY (11E 10P 8G)

Johan kategori Perempuan Sekolah Menengah: SMFY (11E 12P 7G)
Johan kategori Lelaki Sekolah Menengah : SMKTARP (17E 8P 8G)

Peserta Terbaik P10 : NUR ALIAH BINTI ABD RAHMAN : ZON SELATAN (100m -E,200m-E sama rekod MSSD 2000)
Peserta Terbaik P12 : NGOI JIA XUAN : ZON BANDAR (200m -E,Lompat jauh -E)
Peserta Terbaik L10 : MOHD HELMY SORMON: ZON BANDAR (100m -E,200m-E)
Peserta Terbaik L12 : MOHD FAREEZ : ZON SELATAN (100m -E,200m-E)

Peserta Terbaik P13 : JANET NG XIAN HUI : SMKKS (200m LP-E,100m LP-E, 200m -E)
Peserta Terbaik P15 : NUR AFIQAH YUSRI : SMKTARP (2000m LB-E,800m -P, 1500m -P)
Peserta Terbaik P18 : WONG SHANN YING : SMFY (800m -E, 400m -E)

Peserta Terbaik L13 : MUAMMAR HADI MOHD GUNTUR: SMKTARP (LJ-E,110m LP-E, 200m LP-E REKOD)
Peserta Terbaik L15 : MOHD  FIRDAUS ABD RAHMAN : SMKTARP (2000m LB-E,800m -P, 1500m -P)
Peserta Terbaik L18 : AZRI MOHAMAD : SMKTARP (LC-E REKOD, LP-P)

OLAHRAGAWATI : NUR ALIYAH ABD RAHMAN ZON SELATAN (100m-E, 200m-E (sama rekod MSSD 2000)
OLAHRAGAWAN : AZRI MOHAMAD : SMKTARP (LC-E PECAH REKOD MSSD 1999, LP-P)

JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH RENDAH : ZON SELATAN (9E 12P 10G)
JOHAN KESELURUHAN SEKOLAH MENENGAH : SMKTARP (27E 16P 12G)

Tiada ulasan: