Sabtu, 14 April 2012

KULAIJAYA TURUN SATU ANAK TANGGA PADA HARI KETIGA KEJOHANAN MSSJ TAHUN 2012

14 April 2012: Kulaijaya turun satu anak tangga



Kulaijaya berjaya memperolehi tiga lagi pingat emas pada sesi keempat hari ini apabila emas pertama diperolehi melalui Mohd Furqan Mohd Shariff dalam acara 80 meter berpagar Lelaki 12, Ain Nabilah Zainal Abidin, acara 100 meter lompat pagar P13 dan 4 x 100 meter P10.

Pungutan pingat Kulaijaya setakat ini ialah 7 Emas 12 Perak dan 13 Gangsa berbanding dengan Johor Bahru, 21 Emas 15 Perak  dan 17 Gangsa yang ternyata lebih jauh meninggalkan  daerah-daerah lain seperti  Muar, Pasir Gudang, Pontian, Kluang, Ledang dan Batu Pahat.  

Turut hadir pada pagi ini ialah Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Tuan Haji Shaharudin Sharif bersama ketua kontinjen Kulaijaya, Mansor Othman dan penolongnya, Abdull Talib Daud. Pada sesi petang pula, Timbalan Pegawai Pelajaran Kulaijaya, Shahat Md Shah hadir ke Stadium Kluang untuk menyaksikan Kejohanan Balapan dan Padang MSSJ Kali Ke-45 Tahun 2012 hari ketiga hari ini.

Jumaat, 13 April 2012

KULAIJAYA KEDUDUKAN KE TUJUH PADA HARI KEDUA KEJOHANAN MSSJ TAHUN 2012

13 April 2012: Hari kedua kejohanan

Sebanyak 12 buah daerah telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah-sekolah Negeri Johor Kali ke-45 Tahun 2012. Pada hari kedua ini, Johor Bahru mendahului daerah-daerah lain apabila memperolehi 15 Emas, diikuti rapat oleh Muar, 11 dan Pasir Gudang, 10.

Kulaijaya setakat ini hanya mendapat 4 Emas, 8 Perak dan 7 Gangsa menduduki tangga ke-7 daripada 12 buah daerah yang terlibat.

Khamis, 12 April 2012

KLUANG TUAN RUMAH KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSJ KALI KE-45 TAHUN 2012

12 April 2012 : Pencapaian atlit Kulaijaya pada hari pertama.

Penolong pengurus, Azhar Mohamed ditemui berkata, Nur Aliyah Abd Rahman, KJ32, memperolehi pingat emas pertama buat kotinjen daerah Kulaijaya dalam acara 100 meter kategori perempuan bawah 10 tahun (P10) pagi tadi. Katanya lagi, sebanyak tiga pingat perak diperolehi daripada acara 1500 meter L13 oleh Mukesh Kumar, KJ7,  kemudian Nor Hazirah Nordin, KJ33, acara lompat jauh P10 dan Mohd Firdaus Ramlan, KJ13, lompat jauh L15. 

Manakala 4 pingat gangsa pula diperolehi daripada acara 1500m P13 oleh Aishah Goga Amat, KJ31, kemudian Ngoi Jia Xuan, KJ25 dalam acara lompat jauh P12, Rodiah Abd Karim, KJ33, lempar cakera P13, Ain Nabila Zainal Abidin KJ28, lompat tinggi P13 dan Nur Hazimah Nordin, KJ29, acara 100m P10.

Isnin, 9 April 2012

USIA KE-30 KEJOHANAN MSSD KULAIJAYA MELABURKAN TIRAINYA




SMK Tunku Abdul Rahman Putra muncul johan keseluruhan sekolah menengah dengan mendapat 27 Emas 16 Perak dan 12 Gangsa. Manaka johan keseluruhan sekolah rendah disandang oleh Zon Selatan dengan memperolehi 9 Emas 12 Perak dan 10 Gangsa. 

Ahad, 8 April 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KULAIJAYA KALI KE-30 TAHUN 2012


  
                     PPD Kulaijaya, Tuan Hj Fauzan Sukimi, mempengerusi mesyuarat dan melawat ke khemah-khemah peserta pada Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-30 Tahun 2012.
 
Penyelia Sukan daerah Kulaijaya, Abdull Talib Daud memperngerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana, di bilik mesyuarat, PPD Kulaijaya.

Jumaat, 18 Mac 2011

Hari Kemuncak Kejohanan


KULAIJAYA Jumaat 4 Mac 2011- SM Foon Yew sekali lagi mencipta nama apabila menjadi johan keseluruhan dalam Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kulaijaya Kali Ke-29 yang telah berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 2011. Walau pun pungutan pingat emas hanya 18 berbanding 21 yang diperolehi oleh SMK Tunku Abdul Rahman Putera, pungutan mata sebanyak 213.5 telah meletakkan sekolah itu pada kedudukan tangga teratas daripada 17 sekolah menengah yang menyertainya. Manakala Zon Utara menjadi johan keseluruhan sekolah rendah dengan memperolehi 17 emas, 8 perak dan 10 gangsa dengan pungutan mata 136.

CATATAN BULETIN SUKAN 2011 - SMKBT